Sunday 2 September 2012

Kandungan Pramatang - 34 minggu

Salam semua...

Harini terlebey rajin menghupdate entry. Masuk yang nie dah 2 entry. Jap lg klu larat nk cerita lg satu benda. Hehehe...Gigihlah sgt membuang masa kat sini kan??? 

Btw, aku nk cerita pengalaman aku masuk wad. Nie kali yang kedua aku admit sejak mengandung. 1st time masa 1st Ramdhan tahun nie. Masa tu kandungan aku baru 27 minggu. Sebab aku gigihkan berpuasa walaupun aku tk sihat_demam. Lepas je berbuka puasa bdn rasa panas sesangat, n seram sejuk! En.H dah meraba-raba badan aku. Semua tempat dikatanya panas. Nak sedapkan hati dia, aku terimalah cadangan dia nk bwk aku g klinik. Damn! Rupanya after check sana check sini, doc sahkan aku demam panas, dan yg lg teruk, badan aku dah kering kontang tahap maksimum! Tkdek air dlm badan, sooooo dangerous tuk baby lam kandungan aku. Terus dorang refer aku kat Pakar, Hospital yg aku dan En.H dah pilih tuk bersalin t, Hospital Bersalin Razif. Kena la tahan satu mlm. Ikutkan hati mmg tkmo lah kan tido kt hospital, tapi memikirkan si kecik yang amat berharga buat aku dan En.H, aku gagahkan jugak...huhu

Dan kisah admit yang kedua nie...
Kandungan aku dah 34 minggu. Malam tu turn tuk check up. Aku cerita lah kt doc tu yang aku sakit kt celah paha ngan ari-2. Berdenyut2 tiap masa. Nak bangun duduk, nak baring, nak apa2 aje lah termasuk berjalan mmg amat seksa aku rasa. Sakit!! Doc sarankan tuk check bukaan. Bila dah check, OMG dah 1cm!! Doktor terkejut, aku lagilah terkezut! Muka En.H plak dah cuak. Yelah.. baru 34 minggu, terlalu awal kot nk deliver....  
Doktor terus suruh aku admit. Nak kena masukkan ubat tuk matangkan paru-paru baby, in case baby terkeluar awal. Di usia 34 minggu mmg masih terlalu awal. Baby aku pun blm cukup berat lagi tuk melepasi tahap pramatang. On that day, doc ckp baby aku beratnya 2.2 kg..  Kalau nak cantik, better tunggu till 36 week... So, kena lah menyerah diri....
Malam tu jgak, aku kena cucuk jarum tuk masukkan air. Fungsi??? Doc ckp tuk stopkan contraction. Klu tak stop, mstilah bukaan akan bertambah besar dan besar dan besar lagi...kan??? Malam tu jgak aku kena cucuk kat bontot. Pedih perit! Ubat tu mmg buat aku kebas satu badan. Ngilu yang amat. Nurse awal2 dah ckp yg suntikan tu agak menyakitkan tapi konon2 buat steady. Tapi bila dah kena, phewwwwwwww mmg melayang2 kepala otak. Nama ubat tu klu tk silap aku, Dexa. Hari kedua aku kena lagi ngan ubat nie. Kiranya 2 kali cucuk la. Menggigil satu badan! (!-!)


Rotate tp tk mahu pusing! korang telengkan kepala korang sikit hokey..


Kena paksa posing ngan En.H. Baru 5 minit sarungkan baju nie. Apa loh En.H nie...


Waawawawawa...=(


Ni katil En.H. Kitorang amik personal room. So, leh la En.H temankan aku tido. Tq to En.H sbb sentiasa di sisi isterimu..=)


Ni lak breakfast yg hospital tu sediakan.. simple sgt. Mana la cukup tuk aku yg jenis pelahap nie??? huhuhu...

Gambar Raya 2012

Salam HaiHaiHai...

Entry sebelum nie ada cakap nk masukkan gambar gambar raya. Nah harini ada kesempatan tuk berbuat demikian. Cheh! Ayat nk skima j. Korang layan lah yer... Tapi b4 tu nak lah jugak cerita sikit pasal raya kali nie. Kalu tahun lepas aku balik raya kat kampung aku, tu pun 1st day, n separuh hari j. Tengahari dah start enjin balik kampung En.H. Tak sempat sgt lah nk g umah sedara sedara. Sebab??? En.H tk dpt cuti panjang...=(

Utk tahun nie, 1st raya sampai lah 3rd raya, aku raya kat umah En.H dulu. Kat Melaka sudah tentu.. Tema? Merah menyala membara meletup-letup gitu! Hahaha... MIL aku masak rendang ayam n daging, skali ngan nasi impit + ketupat palas yg ada letak kacang soya tu (yg nie akak ipar aku yg buat). Aku????? Bekerja di belakang tabir j lah. Siapkan bahan2. Tu pun yg ringan2 j. Aku kan tgh sarat. Bukn sengaja nk memanja-manjakan diri, tapi the truth is aku tgh menderita sakit kelengkang! Rasa berdenyut2. Nak bangun duduk pun seksa. Okeh, yg ni aku cerita kat lain entry Okeyh...=)


 Yeay! Sedondon ke???


 Posing ala-2 apa mcm nie??? Kakak ipar tlg amekkan...


Mmuaahh!! Sayang En.H aku nie sangat2...=)

  

Aku dan keluarga belah mertua. Family abang kpd En.H yg tkdek sbb beraya kt umah mertuanya..

 

2nd day beraya. Ikut in law beraya kat umah sedara mara area Muar


Tu j lah yg aku ada utk tatapan korang...=)